Zhou Wen Bin mengejek, "Jadi apa? Luo Chen, awak dah lama berada dalam industri ni. Jangan beritahu saya awak masih lurus bendul?
Awak tahu macam mana Zhao Ming Kai boleh jadi terkenal? Dia bukannya lebih baik daripada awak tapi dalam masa setengah tahun, dia sudah pun jadi artis di peringkat atas! Semua sebab saya yang tolong dia dengan pengaruh pengerusi Liang.
Asalkan ada orang sanggup bayar untuk latih awak, siapa kisah penyokong kewangan awak lelaki atau perempuan? Melainkan awak macam Gong Xu, budak generasi kedua yang kaya raya, dilahirkan dalam keluarga yang senang dan bapa jutawan sebagai penyokong awak dan bagi awak berjuta-juta duit untuk awak main. Kalau tak, awak kena ikut peraturan industri!"
Zhou Wen Bin mengubah nada suaranya dan bercakap dengan penuh sabar, "Luo Cheng, janganlah keras sangat! Bila saya dah habis main nanti, saya akan kenalkan awak dengan seorang penyokong kewangan, lepas tu…"