Ye Wan Wan merenung Si Ye Han apabila lelaki itu menamatkan panggilan. "Awak kena pergi?"
"Saya kena uruskan beberapa perkata." Si Ye Han bangun.
"Oh… kerja lebih penting. Awak kena pergi!" Ye Wan Wan bangun, mengambil kot Si Ye Han dan bersedia untuk menghantar lelaki itu keluar.
Han Xian Yu juga turut berdiri dan mengikut menghantar lelaki itu keluar. "Dia minum banyak tadi. Dia boleh bawa kereta ke?
"Pemandu ada tak?" tanya Ye Wan Wan.
Si Ye Han menjawab, "Ada."
Ye Wan Wan kelihatan lega dan menghulur kot kepada lelaki itu. "Semoga selamat sampai!"
Walaupun dia minum banyak tadi, Si Ye Han kelihatan tidak berbeza langsung dengan keadaan normalnya dan tampak tidak mabuk langsung. Komen "boleh tahan" berkenaan dia boleh minum banyak tadi sebenarnya terlalu merendah diri.