'Kenapa dia cakap macam tu? Dia cakap macam teman wanita dia tengah merajuk!
'Bos yang saya pandang tinggi dan hormati ini… tengah merajuk?'
Setiausaha itu merasakan pandangan dia kepada kehidupan telah hancur berkecai.
Masa bergerak perlahan, sedar tidak sedar, Ye Wan Wan telah menunggu di luar bilik mesyuarat selama hampir dua jam.
Setiausaha kecil itu meregangkan lehernya dan mencuri pandang ke dalam bilik mesyuarat dari semasa ke semasa dan kelihatan sedikit malu. "Encik Xu beritahu tadi mesyuarat ini akan berakhir tak lama lagi. Kenapa lama sangat… minta maaf Encik Ye… mereka mungkin ada masalah dalam mesyuarat…"
'Bos memang betul-betul merajuk ke? Lagipun, dia tamatkan mesyuarat dengan awal hari tu…'
"Tak apa, kerja awak lebih penting. Pergi buat kerja awak. Awak tak perlu teman saya dekat sini," kata Ye Wan Wan, tidak mahu menyusahkan setiausaha itu.