Apabila dihadapkan dengan semua bukti di depan matanya, Zhao Da Yong bukan sahaja tidak menyesali perbuatannya, dia juga telah menumbuk seorang wartawan yang hadir, membuatkan kemarahan semua orang sampai ke tahap kemuncak.
"Wow, pandangan saya terus berubah! Lelaki tak guna ni rupanya telah lama menipu kita!"
"Betapa gatalnya dia kalau dia boleh buat semua benda ni dekat anak perempuan dia sendiri?"
"Berani dia panggil Han Xian Yu sampah masyarakat bila dia sendiri bangsat tak guna yang lebih teruk daripada babi! Binatang!"
Selepas menghambur semua sumpah seranah ini, orang ramai mula berfikir daripada perspektif berbeza…
"Boleh ke kita percaya apa yang bangsat tak berhati perut ni kata? Oh Tuhan! Adakah Han Xian Yu sebenarnya telah dianiaya?"
"Mungkin juga!"