Apabila mereka mendengar betapa sombongnya remaja itu, mereka mula bercakap sesama mereka sendiri dengan penuh ragu-ragu dan cemuhan.
Chu Hong Guang ketawa. "Awak sangat yakin, anak muda! Beritahu saya syarat-syarat awak!"
Remaja itu melihat ke sekeliling. "Patut saya bincang syarat-syarat saya dengan pengerusi Chu sahaja atau dengan semua orang sekali?"
Memahami petunjuk di balik kata-kata remaja itu, Chu Hong Guang melambai dan mengakhiri mesyuarat itu, memaksa semua orang keluar daripada bilik itu.
Sebelum dia beredar, Zhou Wen Bin berhenti sejenak di hadapan remaja itu dan menjeling tajam kepadanya.
'Tak guna, isu ni sikit lagi nak berakhir tapi budak ni dah hancurkan semuanya. Aku kena tunggu dan lihat apa helah dia!'
Selepas seketika, bilik mesyuarat itu hanya ada remaja itu dan Chu Hong Guang.
"Sila sambung." Chu Hong Guang menyalakan cerutnya.