Ye Wan Wan mengimbas mesej-mesej yang Zhao Da Yong siarkan pada sosial media sepanjang malam. Tanpa disedari, Ye Wan Wan tertidur dan dikejut oleh satu panggilan telefon oleh Jiang Yan Ran pada keesokan paginya.
Setengah jam selepas panggilan diputuskan, Ye Wan Wan telah tiba di pintu masuk mahkamah.
Banyak remaja yang bergaya sedang berkumpul bersama dan kelihatan beberapa orang daripada mereka membawa sepanduk. Tulisan pada sepanduk itu seperti berikut: "Han Xian Yu dianiaya", "Han Xian Yu tidak bersalah", "Hapuskan semua khabar angin!"
Dalam masa yang sama, kelihatan wartawan juga ramai yang sedang menunggu di luar mahkamah.
Di kehidupan sebelumnya, insiden mengenai penderaan seksual Han Xian Yu kepada seorang budak kecil telah mendapat liputan meluas daripada media dan telah diketahui umum. Ye Wan Wan masih tidak lupa urutan peristiwa yang berlaku.
Ayah budak perempuan itu akan mengheret Han Xian Yu ke mahkamah hari ini.