Reaksi Si Ye Han kepada idea terhebat yang datang daripada Ye Wan Wan. "..."
Ye Wan Wan melompat menghampiri Si Ye Han dan cuba sehabis boleh meyakinkan lelaki itu. "Awak tak rasa ini jalan yang paling selamat? Jadi selepas ini baby, awak tak perlu risau kalau saya menarik perhatian lelaki lain!"
Lebih lama Ye Wan Wan berfikir, dia lebih yakin dia mampu melaksanakan idea ini. Wajahnya agak menyusahkan dan ia cukup rumit untuk gadis seperti dia untuk berada dalam industri hiburan. Jika dia berpura-pura menjadi lelaki, lebih mudah untuk dia bekerja dalam industri ini. Lebih bagus, penampilannya tidak akan menjadi sia-sia kerana lelaki cantik ialah trend terkini sekarang.
Si Ye Han memangku kepalanya dengan sebelah tangan dan anak matanya beralih sedikit. Ye Wan Wan tidak pasti sama ada dia setuju atau tidak dengan ideanya.
'Apa yang budak nakal ni cakap memang masuk akal tapi aku dapat rasa macam ada benda yang tak kena…'