Sebuah rumah besar di bawah nama Han Xian Yu telah diubah menjadi seperti satu syurga kepada budak kecil. Dia selalu menjemput kanak-kanak yang dia pernah bantu sebelum ini, bersama-sama dengan peminat mudanya datang ke rumahnya. Dia dengan murah hati menawarkan tempat tinggalnya untuk bermain.
Ketika itu, syarikat mereka mempunyai banyak gambar Han Xian Yu sedang berinteraksi dengan kanak-kanak. Ada yang menunjukkan dia bermain dengan kanak-kanak, melakukan aktiviti, dan berguling sambil ketawa di atas rumput. Gambar di atas katil itu hanya satu daripada banyak gambar yang diambil.
Bilik di dalam gambar itu memang milik Han Xian Yu. Katil di dalam bilik dia berbentuk kapal lanun jadi budak-budak sangat menyukainya dan selalu melompat di atas katil bersama dengannya.
Sekarang apabila pihak media bertumpu hanya kepada gambar itu sahaja, ia kelihatan seperti bukti dia telah menyerang kanak-kanak itu secara seksual.