Apabila dia berasa yang Si Ye Han tidak lagi bergerak, mata Ye Wan Wan berkelip dan kemudian berkelip lagi.
'Dia dah tertidur ke?
'Wah, teknik ini sebenarnya berkesan!'
Dia teringat pada kali pertama Si Ye Han hampir terbangun disebabkan nada dering pada telefon Xu Yi. Pada waktu itu, dia menggunakan teknik yang sama untuk memujuknya tidur semula. Kali ini, dia cuba menggunakan teknik tersebut akibat terdesak dan ia sebenarnya berkesan.
'Syukur, syukur. Nak luruh jantung aku tadi…'
Semakin lama semakin pelik jadinya—Si Ye Han mempunyai kes insomnia yang serius pada kehidupannya yang lalu; insomniannya terlalu serius sehinggakan ia tidak dapat disembuhkan. Bagaimana pula dia boleh tertidur dengan mudah dalam kehidupan kali ini?
Sebelum ini, dia ingat yang ini cuma satu kebetulan sahaja tetapi dia telah memerhatikan Si Ye Han selama hampir sebulan; dia yakin ini bukan sekadar kebetulan.