Di asrama.
[Tuan ke-9, Tuan ke-9~ Kenapa awak tak balas? Awak suka puisi saya?~ Saya mahu pujian, ganjaran dan ciuman~]
Tiada balasan dari sebelah sana selepas Ye Wan Wan menghantar teks bergambar itu. Untuk langkah berjaga-jaga, dia telah menghantar mesej ini untuk melengkapkan mesej sebelum ini.
Sebenarnya, dia berasa resah kerana dia tidak pasti sama ada cara ini akan berhasil atau tidak ke atas Si Ye Han.
Tambahan pula, puisi itu sebenarnya patut ditulis oleh lelaki untuk kekasihnya.
Lelaki itu tak akan tersinggung jika dilayan seperti perempuan dan menerima pengakuan yang begitu sentimental, bukan?
Di kehidupan lamanya, dia telah diheret pulang di tengah malam oleh orang-orang Si Ye Han. Huru-hara itu telah menyebabkan perbincangan hangat di sekolah dengan pelbagai khabar angin yang tersebar. Ada yang kata dia ada sugar daddy dan ditangkap semasa melarikan diri, ada juga yang kata keluarganya mempunyai hutang yang banyak dengan lintah darat dan dia telah ditangkap untuk menjual tubuhnya…
Walaupun semua khabar angin itu tiada bukti, tapi semua gosip ini boleh memusnahkan seseorang.
Berfikir mengenai masa lepas, Ye Wan Wan terasa seram sejuk…
Kemudian, telefon di tangannya tiba-tiba bergetar.
Ye Wan Wan berhenti seketika dan dengan perlahan-lahan melihat mesej baru itu…
Si Ye Han membalas dengan hanya satu perkataan "Bagus" dan juga menambah emotikon "ciuman" di hujung.
Ye Wan Wan merenung "ciuman" itu dengan terkejut. "..."
Boleh anda bayangkan raksasa ganas dan kejam telah menghantar emotikon "ciuman" kepada anda?
Pada masa yang sama, rasa seram sejuk yang singgah ditubuhnya sebentar tadi terus hilang kerana emotikon yang sukar dipercayai itu.
Selain itu, dia dapat tahu sesuatu yang luar biasa!
Ye Wan Wan memangku dagunya, menyentuh lembut pipi dan menulis satu lagi mesej teks untuk dihantar: [Ciuman abadi! Hanya tinggal satu minggu lagi untuk peperiksaan! Saya akan menumpukan perhatian pada ulang kaji saya, saya tak akan ada masa untuk mesej awak. Awak mesti ingat untuk rindu saya setiap hari~]
Selepas Ye Wan Wan menghantar teks itu, pihak sana telah menjawab dalam masa beberapa saat: [Baiklah.]
Merenung pada "Baiklah" yang luar biasa itu, Ye Wan Wan berkelip mata penuh hairan.
Itu.. Itu betul-betul berhasil?
Saya baru cakap saya tak akan hubungi dia untuk seminggu! Dia tiada masalah?
Dia tidak sangka yang… teknik godaan biasa ini akan berguna…
Ye Wan Wan senyap selama 3 saat, kemudian menghantuk kepalanya ke meja, berhajat mahu membunuh dirinya. Jika dia tahu Si Ye Han begitu senang untuk digembirakan, dia tidak perlu begitu menderita di kehidupan lamanya!
Baiklah, mengetahui senjata rahsia untuk menguruskan raksasa ini semestinya suatu perkara yang bagus.
Selepas menguruskan Si Ye Han, Ye Wan Wan tiada lagi gangguan. Dia boleh fokus membaca semua bukunya dan meletakkan hati dan jiwanya ke dalam pelajaran.
7 hari berlalu dalam sekelip mata.
Dalam masa 7 hari ini, Ye Wan Wan hanya tidur 3 hingga 4 jam sehari. Akhirnya, dia berjaya mengulang kaji semua bahan dari tahun Senior 1 hingga 3.
Sekarang bila dia sedar betapa sakitnya kehilangan waktu tidur yang cukup, dia akan tidur dari subuh ke senja selepas peperiksaan ini tamat.
Hari pertama peperiksaan ialah peperiksaan sastera liberal dan bahasa komprehensif. Ye Wan Wan menuju ke kelas seperti hantu yang merayau.
Pada mulanya, bunyi berbual yang bising kedengaran tapi di saat Ye Wan Wan muncul, suasana bertukar hening seperti radio yang dimatikan suara.
Ye Wan Wan tidak mengenakan rambut palsu hijaunya hari ini dan solekannya juga sangat nipis. Namun, dia telah berjaga selama 7 hari. Jadi lingkaran bawah matanya lebih menakutkan dari solekan mata gelap dan rambut yang berserabut hingga ke pinggang, ia lebih menakutkan dari rambut palsu hijaunya…
Budak lelaki yang tidur di meja sebelah mendengar kerusi ditarik seperti biasa membuka mata dengan menyampah.
Beberapa saat selepas itu, budak itu terlalu terkejut sehingga tubuhnya terlontar ke belakang. Kerusinya bergesel pada lantai dan mengeluarkan bunyi yang nyaring.
Budak itu merenung "Sadako" di sebelahnya, titik peluh mula terbentuk di dahi. Dahinya menjadi gelap dan mula menyumpah perlahan, "C,e,l,a,k,a!!!"