Bukan sahaja Si Xia yang terkejut, Xu Yi yang berdiri di tepi juga kelihatan tergamam. Selama dua tahun ini, tidak kira seteruk mana Ye Wan Wan memberontak, Si Ye Han tidak pernah melepaskan gadis itu pergi. Walaupun kebebasannya kini bersyarat, tapi tuan akhirnya telah bertolak ansur.
'Seorang gadis kecil yang belum lagi menamatkan pengajian di sekolah, yang merosakkan semua hubungan keluarganya sendiri, yang semua pakaian dan makanan telah disediakan untuknya selama dua tahun ini, yang mempunyai pengawal peribadi dan orang gaji yang tidak terkira ramainya-- macam mana dia boleh meneruskan hidup apabila tiba-tiba dibiarkan hidup bebas?
'Adakah tuan menukar taktiknya dan mahu dia merasai kesusahan hidup di dunia sebenar supaya dia boleh kembali ke sisinya dengan rela hati?'
Si Xia tiba-tiba berdiri. "Ye Wan Wan, otak kau kena makan dengan babi ke? Kau rela setuju dengan semua syarat penghambaan yang mengarut ni?"