Ye Wan Wan tergamam dengan kata-kata daripada seseorang yang gatal.
'Aku sengaja cakap dengan cara yang pelik, tapi dia masih tunggu hari tu tiba?
'Apalagi boleh aku cakap…'
Ye Wan Wan mengaku kalah cuba bercakap dengan Si Ye Han. Kecewa, dia meletak ke bawah kek yang dia telah rosakkan.
'Semua benda yang ada, kenapa aku hancurkan kek ni?! Sedih hati aku…'
Manakala pesalah utama pula masih lagi menuntut supaya dirinya dilepaskan turun.
Xu Yi melirik dengan tidak berdaya ke tempat duduk belakang untuk arahan seterusnya. "Tuan? Ini…"
Si Ye Han menjawab dengan bersahaja, "Buat panggilan kepada abang saya dan beritahu dia yang Xia Xia tidak akan balik ke rumah malam ni."
Xu Yi terus membalas, "Baiklah!"