Tidak jauh daripada villa itu.
Sebaik sahaja Xu Yi sedang bersedia untuk menguburkan dirinya sendiri, dia ternampak kelibat Ye Wan Wan keluar dari halaman rumah itu.
Dia menjadi sangat beremosi seperti dia akhirnya telah melihat cahaya untuk Hari Penghakiman!
Ye Wan Wan membuka pintu kereta dan duduk di dalam.
Sekilas pandang kepada wajah Xu Yi dan dia sudah tahu apa yang lelaki itu fikirkan. Ye Wan Wan ketawa. "Pembantu rumah Xu Yi, saya dah cakap sebelum ni. Walaupun saya buat masalah, saya tak akan buat begitu semasa syif awak. Saya tak akan mungkir janji."
Xu Yi sedikit terharu setelah mendengar kata-kata gadis itu. Dia terbatuk kecil. "Cik Ye, bagus bila Cik Ye sudah berfikir dengan jelas. Tapi saya tak boleh bersetuju dengan permintaan Cik Ye. Selagi Cik Ye tidak melebihi batas, saya rasa tuan tak akan susahkan lagi hidup Cik Ye."