Liang Jia Hao mengerutkan dahi. "Han Han, macam mana awak boleh cakap dengan Mak Cik awak macam tu? Awak Xiu Min, jangan mengarut!"
"Ini benda betul! Saya tak cakap benda yang salah pun tapi Papa masih marah saya…" Liang Shi Han yang masih tidak percaya dimarahi oleh ayahnya terus berlari dari situ sambil menangis.
Liang Jia Hao berasa bersalah kerana memarahi anak gadis kesayangannya. Dia kemudian berpaling kepada kakaknya dengan tidak berdaya. "Kakak, saya dah buat sehabis daya saya. Semua orang dalam keluarga ni bergantung kepada saya dan saya tertekan dengan semua benda ni. Ini yang terbaik yang saya boleh buat…"
Semasa Ye Wan Wan melihat adegan ini, perasaan marah mula membuak dalam dadanya.
'Bagus! Liang Jia Hao, kau memang bagus! Fang Xiu Min, kau memang bagus!'