Ye Wan Wan melihat Xu Yi dengan mata yang bercahaya. 'Sudah sampai masa untuk bekerjasama…'
Dengan pandangan Xu Yi yang ketakutan, Ye Wan Wan menyambung, "Pembantu rumah Xu, saya tak nak sorok lagi dari awak. Apa yang saya buat sehingga hari ni semuanya untuk selamatkan nyawa saya. Tapi saya bukan hanya risau dengan hidup saya seorang, saya juga nak tolong awak.
Saya tahu Si Ye Han sudah tugaskan awak dengan semua perkara yang berkaitan dengan saya. Jika ada apa-apa yang terjadi kepada saya, awak orang pertama yang akan disalahkan. Jadi, apa kata kalau kita bekerjasama?"
Xu Yi melihat gadis itu yang seperti telah mengalami satu perubahan besar dan wajahnya berubah sedikit. "Bekerjasama? Apa maksud Cik?"