Chereads / Cinta Rahsia Sempurna : Isteri Baru Jahat Manis Juga / Chapter 227 - Lembut, Selesa dan Sangaaaaat Sedap!

Chapter 227 - Lembut, Selesa dan Sangaaaaat Sedap!

Hari sudah pun berganjak ke waktu pagi semasa Ye Wan Wan terjaga dari tidur.

Suasana hening menyelubungi bilik yang besar itu. Cuaca di luar kelihatan cerah, langit seperti satu permaidani biru yang luas dan bau segar rumput dan tanah berlegar di udara.

Seekor burung kelihatan bertenggek di satu dahan, berkicau dengan penuh semangat. Sejenak kemudian, ia mendepakan sayapnya dan terbang ke arah kejauhan…

"Awak dah bangun."

Ye Wan Wan masih lagi bingung, merenung kepada burung yang sudah terbang pergi apabila dia dibawa kembali ke realiti oleh satu suara yang dalam.

Ye Wan Wan menoleh dan melihat Si Ye Han sedang duduk di atas kerusi di sebelah katilnya. Dia memegang beberapa dokumen di sebelah tangannya, manakala sebelah lagi… sedang dipegang erat oleh tangannya yang dibawa ke dada tanpa disedari, tidak mahu melepas pergi.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS

Related Books

Popular novel hashtag