Ye Wan Wan membaringkan kepala di atas meja bulat di halaman untuk melakukan soalan latihan. Dengan fikiran yang terganggu, dia tidak perasan langsung hujan yang mula menitis turun dan masih memegang pen dalam keadaan bingung.
Apabila Si Putih Besar yang sedang tidur di bawah bumbung tiba-tiba mengaum dengan kuat, barulah dia tersedar. Dia terus mengemas barangnya dan masuk semula ke dalam rumah untuk berteduh dari hujan.
Selepas dia masuk semula, Ye Wan Wan membuat perkara yang sama seperti yang dia buat semalam. Dia mencuri sekeping daging dari dalam peti sejuk dan kemudian meletaknya di sebelah harimau putih itu sebelum beredar pergi.
Hujan menjadi semakin lebat dan kedengaran petir mula sambung menyambung.
Ye Wan Wan memegang buku latihan dalam tangannya dan duduk bersila di atas lantai, tidak membuka langsung buku itu. Fikirannya dalam keadaan berserabut dan dia tidak boleh memfokuskan diri.