Di dalam bilik.
Ye Wan Wan kehilangan kata-kata setelah mendengar Si Ye Han menjawab "Saya akan datang selepas saya uruskan beberapa perkara".
'Kenapa macam aku ni seorang isteri yang tengah tunggu suami dia habis kerja?
'Aku hanya pelajar sekolah yang tak mampu bayar yuran tuisyen dia!'
Selepas sepanjang malam mengulang kaji matematik, Ye Wan Wan akhirnya telah kehabisan tenaga. Sebaik sahaja kepalanya menyentuh bantal, dia terus terlena.
Semasa dia masih mamai, dia mendengar derap langkah sepasang tapak kaki yang biasa didengarinya dan nafas dingin yang menjalar ke seluruh tubuhnya.
Ye Wan Wan mengerutkan keningnya dan mula membebel tentang sesuatu dalam keadaan mengantuk.