Setelah berjaya menamatkan sesi ulang kaji selama dua jam, Ye Wan Wan kembali ke biliknya sendiri dengan hati yang puas untuk melakukan lebih banyak soalan latihan.
Masa terus pantas berlalu sambil Ye Wan Wan masih lagi asyik dengan pengetahuan yang baru diperolehinya. Dalam sekelip mata, masa telah merangkak ke waktu malam.
'Hm, masa untuk bayar yuran tuisyen…'
Walaupun dia sangat yakin apabila mengatakan "setuju" sebentar tadi, tapi apabila masa telah tiba untuk melakukannya, dia mula berasa gelisah.
'Lebih-lebih lagi bila Si Ye Han beritahu yang dia hanya lelaki biasa…'
Selepas mandi dan bermundar-mandir, Si Ye Han masih lagi belum datang untuk menjemputnya. Ye Wan Wan berasa cemas menunggu lelaki itu, tapi dia tidak mahu pergi sendiri berjumpa dengannya. Jadi dia akhirnya membuat panggilan kepada lelaki itu.
Pada masa yang sama dalam bilik bacaan.
Xu Yi sedang memberikan laporan harian seperti biasa.