Otak Ye Wan Wan terus terbabas.
'Macam mana dengan muka tak ada perasaan tu dia boleh cakap "tidur dengan saya setiap malam"?!
'Orang yang tak tahu apa-apa pasti salah faham dan fikir kami sedang buat benda lain. Tapi kami hanya berbincang yuran tuisyen untuk matematik…'
Selepas Ye Wan Wan kembali semula ke realiti, dia terus mengira dengan jarinya. Dia menerima dua jam masa mengulang kaji tapi dia perlu bayar balik lapan jam kepada lelaki itu. 'Bukan yuran tuisyen ini terlalu melampau?
'Ini terang-terangan mencuri!
'Ya, matematik saya tak seteruk itu, okey?'
Ye Wan Wan yang merasakan kepintarannya telah dihina terus berkata dengan marah, "Bukan ada benda tak kena dengan perjanjian ni? Kenapa saya kena bagi awak lapan jam masa saya tapi awak hanya bagi dua jam masa awak?"