Selepas kata-kata Ye Wan Wan, perasaan bersalah bersinggah sebentar di wajah Shen Meng Qi sebelum diganti dengan perasaan patah hati dan kecewa. "Macam mana saya boleh buat macam tu? Wan Wan, awak kawan baik saya. Kenapa saya nak rampas teman lelaki awak?!"
Mata Shen Meng Qi mula bertukar merah. Tubuhnya mula kelihatan menggigil sambil melihat ke arah Si Ye Han dengan tidak berdaya, cuba memohon maaf dari lelaki itu. "Encik Si, saya hanya... memandang tinggi dan hormat pada awak… saya tak ada niat lain… saya…"
Akhirnya, Shen Meng Qi hanya boleh berundur ke belakang sebelum dihalang oleh pandangan dingin Xu Yi. "Cik Shen, sila jaga maruah diri awak!"
"Pfff——"
Melihat Shen Meng Qi dihalang oleh orang bawahan Si Ye Han, mereka yang melihat tidak boleh menahan diri dari ketawa.