"Ah, ah, ah! Wah! Sangat… sangat kacak!"
"Lebih daripada kacak! Dia betul-betul bukan manusia biasa!"
"Yang lagi penting ialah aura dia! Aura! Ya Tuhan! Saya nak pengsan!"
…
Apabila Ye Wan Wan menjenguk ke luar tingkap, dia terkaku dan jeritan di tepi telinganya semakin kedengaran jauh lantas meninggalkan keheningan. Tumpuannya hanya pada lelaki tersebut.
Riak tanpa emosi dan dingin pada wajahnya yang sempurna. Dia menghampiri dengan perlahan di bawah payung dalam hujan. Dia kelihatan bagaikan syaitan besar yang selama ini tinggal di dalam gua dan secara tiba-tiba turun ke bumi dan bersedia untuk memusnahkan semua makhluk hidup.
'Tak guna!
'Apa yang baru aku nampak tadi?
'Si… Si Ye Han!'
Pada mulanya, Ye Wan Wan tertarik dengan keindahan sang syaitan besar ini, dia benar-benar terpesona dengannya.