'Dia belanjalah!'
Si kacak itu menanggalkan. bajunya. di depan mereka semua!
Keterujaan sebegini sememangnya menggegarkan dunia gadis peminat Si Xia.
Dalam sesaat sahaja, bumbung kelas F hampir tercabut akibat teriakan daripada para gadis.
Si Xia mengerutkan keningnya melihat kekecohan tersebut, "Bising betul…"
Dia tahu perkara ini akan berlaku.
Bagi Ye Wan Wan pula, dia mengangkat kepalanya dan melihat Si Xia duduk di sebelahnya dengan keadaan separa bogel. Bajunya pula melitupi Ye Wan Wan.
Ye Wan Wan terkesima.
'Aku nangis sekejap saja, apa sebenarnya yang dah jadi??!!'
"Hei! Apa yang tak kena dengan kau ni?"
"Bukan kau sejuk ke? Kau rasa sejuk sangat sampai kau mula menangis!" balas Si Xia dengan nada yang serius.
"…"
'Aku cakap sajalah! Kau tak akan tak tahu?!
'Lagipun, kalau aku menangis sebab sejuk pun, apa guna baju kecil, lusuh dan nipis ini?