Si pemanggil seperti dapat merasa kesedihan di sebalik suara Shen Meng Qi, lantas dengan bimbang bertanya, "Masih sedih pasal insiden hari tu?"
Shen Meng Qi mula menangis tersedu-sedu apabila dia mendengar soalan itu. "Abang Mu Fan, saya rasa sangat teruk. Memang jelas tu salah lelaki tu, tak henti-henti ganggu dan gertak saya. Kenapa tak ada siapa yang percaya saya…"
"Jangan sedih macam ni, Abang percaya pada awak. Siapa yang betul-betul sayang awak akan percaya pada awak. Kenapa kisah dengan semua orang yang tak penting ni?"
"Tapi Wan Wan! Wan Wan pun tak percaya saya!" kata Shen Meng Qi, penuh emosi. Seperti dia sangat patah hati.
Selepas mendengar nama Ye Wan Wan, Ye Mu Fan terus senyap. Selepas senyap untuk beberapa ketika, dia membalas dingin, "Kalau dia tak percaya kepada awak, biarkan dia. Abang dah bagi amaran, jangan terlalu rapat dengan dia. Tak berbaloi buat baik dengan Ye Wan Wan!"