Ye Wan Wan telah menanggalkan kostum yang compang-camping dan berat itu, mencabut rambut palsunya dan mencuci semua saki baki solekan dan kotoran pada wajahnya.
Gadis itu ketika ini bagaikan sebutir mutiara yang baru sahaja bertemu dengan cahaya, begitu mempersonakan sehingga menggamit mata mereka yang memandang. Pandangan angkuh dan tegas dari mata gadis itu seperti api yang membara, membuatkan mereka terlupa betapa hodohnya gadis itu sebelum ini. Keindahan sebenar gadis itu terus mekar bersinar.
Apabila Si Xia mendapat berita ini, dia terus bergegas datang dan terus disapa dengan adegan ini. Dia terhenti dan berdiri kaku di situ, tergamam.
Mereka yang mengejek dan menonton pertunjukan tadi sekarang telah diam tidak berkutik, masih tidak percaya.
Satu-satunya orang yang tenang saat itu semenstinya Lin Dong, orang yang tahu kebenaran sebenar.