Persembahan itu berakhir dengan baik. Semua guru menghela nafas lega apabila semua pemimpin sekolah kelihatan berpuas hati. Selepas ini sudah tentu jamuan makan malam besar-besaran.
Para pelajar juga mula meninggalkan pentas.
Memandangkan kelas F yang terakhir membuat persembahan, Ye Wan Wan dan beberapa pelajar lain sedang mengemas alat lakonan di atas pentas.
"Mereka semua dah pergi, dah pergi! Semua cikgu dan pemimpin sekolah semua dah balik!" Gadis tinggi dan gadis gemuk termengah-mengah semasa memaklumkan perkara ini kepada Cheng Xue dan yang lain-lain di belakang pentas.
Skrip telah dikawal rapi oleh guru. Memandangkan semua guru dan pemimpin masih lagi hadir, mereka tidak boleh berbuat apa-apa. Tapi… itu semua bakal berubah.