Pada masa yang sama di dalam asrama perempuan.
Meja sole Cheng Xue habis berselerak. Kepingan cermin yang pecah dan produk penjagaan kulit yang mahal berterabur di atas lantai.
Tiga gadis lain di dalam asrama itu sedang menggigil dan sedang bersembunyi di satu sudut. Tiada siapa yang berani menghampiri.
Ketiga-tiga mereka menolak satu sama lain dalam ketakutan, tidak berani untuk memujuk. Selepas Cheng Xue selesai mengamuk dan menghancurkan semua benda di sekelilingnya, seorang gadis berambut pendek berjalan perlahan-lahan menghampirinya. "Si Kecil Xue, janganlah marah lagi. Si hodok pelik, Ye Wan Wan itu memang tak tahu malu dan banyak tipu helah. Si Xia mesti tertarik sebab kata-kata dia yang berbunga! Sebenarnya, saya ada cadangan untuk dedahkan muka sebenar si hodoh pelik tu!"
Cheng Xue menoleh pada gadis itu dengan menyampah.
Dua gadis lain mendesak dengan cepat, "Cadangan apa? Cepatlah beritahu kami!"