"Ay…" *kof kof kof*
Xu Yi yang berada di pintu tersedak dan mula batuk dengan kuat kerana terkejut, nyaris terbatuk keluar jantungnya sendiri.
'Tak guna! Si Ye Wan Wan ni memang cakap tak berlapik!
'Dia boleh cakap dia nak buat buat anak dengan tuan depan Si Xia!'
Dia tidak berani menoleh untuk melihat wajah tuannya ketika itu!
Pada masa yang sama, untuk mengelak Ye Wan Wan bercakap bukan-bukan lagi, Xu Yi terus menolak pintu terbuka. "Tuan Muda Si Xia, Ye… Cik Ye…"
Mendengar pintu dibuka, seluruh tubuh Ye Wan Wan terus terdiam kaku.
Kemudian, dia berpaling dan ternampak Xu Yi dan juga Si Ye Han…
'Ya Tuhanku!!!!!
'Kenapa dua manusia ni dekat sini?!'
Ye Wan Wan merenung wajah dingin Si Ye Han dan merasakan dirinya adalah Titanic, akan tenggelam pada bila-bila masa saja.
Fikirannya dipenuhi dengan semua komen yang dia hambur sebentar tadi dengan penuh berani.