Hari masih lagi awal. Matahari baru memancarkan sinaran pertamanya. Tingkap masih lagi berkabus dan berembun, dan kawasan sekolah masih kosong.
Jiang Yan Ran mengikut pandangan Ye Wan Wan dan ternampak satu kelibat yang biasa dilihat.
Seorang lelaki sedang berdiri di luar asrama perempuan seperti penjaga pintu.
Jiang Yan Ran perasan lelaki itu masih memakai baju tidur dari malam semalam.
Bila Ye Wan Wan membuat panggilan kepada Chu Feng semalam, lelaki itu sudahpun tidur semasa dia bergegas datang. Dia tiada masa untuk menukar baju.
Tapi pagi telah menjelang tiba dan dia masih lagi memakai baju yang sama…
Adakah dia tidak pulang dan berdiri di situ sepanjang malam?
Apabila dia terfikir begitu, hati Jiang Yan Ran seperti direnggut sesuatu. Dia berpaling dan berlari turun ke bawah.
Di tingkat bawah.