Zheng Bin yang melihat wajah Shen Meng Qi bermandi air mata menjadi lebih melindungi dan tidak mahu beredar. "Saya tak nak pergi! Jika saya tak datang, awak mungkin akan dibuli hingga mati! Saya akan dedahkan perangai sebenar bangsat ni depan semua orang!"
Keadaan dua lelaki itu semakin teruk, seperti sepasang ayam jantan yang sedang berlawan berebut ayam betina. Mereka tidak mahu berundur dan Shen Meng Qi tidak mampu menghentikan mereka. Dia hanya boleh melihat mereka bergaduh di hadapan semua orang.
Song Zi Hang menjerit, "Beritahu aku, apa maksud kau dengan muka sebenar aku?"
Zheng Bing tidak mahu nampak lemah dan terus menjawab, "Kau tu macam katak puru yang mahukan angsa. Kau tahu Meng Qi dah ada teman lelaki tapi kau masih lagi ganggu dia!"