Puan Song melihat reaksi anaknya dan berkata dengan teragak-agak. "Zi Hang, biar Mak tanya awak. Awak memang tak tahu pasal semua ni? Awak ada buat benda yang awak tak sepatutnya buat?"
Selepas mendengar nada suara ragu-ragu dari ibunya, Song Zi Hang terus menjawab tanpa berfikir panjang, "Mak! Apa maksud Mak cakap macam tu? Macam mana saya nak tahu? Apa yang saya dah buat? Lagi satu, Ayah. Saya selalu tanya Ayah, tapi Ayah selalu jawab tak ada masalah langsung? Macam mana tiba-tiba boleh jadi macam ni? Tawaran ini memang kita tak akan dapat ke?"
Encik Song menghentak tangannya ke atas meja dan menjerit, "Awak tak tahu? Jika awak tak tahu, kenapa Jiang Hai Chao suruh Ayah balik dan tanya anak kesayangan Ayah?! Salah siapa kalau bukan salah awak?!