Malah, dia sepatutnya tidak peroleh kemahiran ini.
Dalam kehidupan lamanya, walaupun ayahnya telah mengupah seorang profesional untuk melatih dia supaya dia boleh belajar mempertahankan diri, dia hanya bertahan selama sebulan.
Namun, dia perasan apabila melibatkan kemahiran tempur atau mana-mana kemahiran yang orang biasa akan menganggapnya perkara luar biasa, dia mampu belajar dengan cepat kerana kemahiran persepsinya yang tajam.
Ia seperti kemahiran ini telah ditanam dalam otaknya--dia bukan belajar tapi sebaliknya, mengingat semula.
Sebelum ini, untuk menyembunyikan dirinya yang sebenar dari Si Ye Han, dia bukan sahaja telah menyembunyikan rupanya, tapi semua kemahirannya, apa sahaja yang boleh mendedahkan ketajaman fikirannya.
Tapi dalam kehidupan ini, dia tidak akan jadi begitu bodoh. Dengan pedang yang cukup berkuasa di tangannya pun, dia telah membenarkan dirinya dan orang di sekelilingnya berakhir dengan tragedi.
Selepas sekolah.