Selepas dia jumpa sasarannya, mata Ye Wan Wan bertenaga semula dan terus berlari ke bawah dengan daging kering.
Di saat dia berjalan menuruni tangga, harimau putih itu, yang pada mulanya berbaring di atas karpet, telinga menegak dan matanya terus terbuka. Aura membunuh meresap keluar dari mata birunya.
Ditenung oleh sepasang mata seperti ini memang tidak menyelesakan.
Nasib baik, dia telah mengalami pengalaman ini di kehidupan lepas. Dia sangat memahami harimau putih ini. Walaupun ia sangat ganas pada dasarnya, kadang kala ia akan berkelakuan seperti manusia. Si Ye Han berinteraksi dengannya sebentar tadi, menunjukkan Ye Wan Wan salah seorang daripada mereka. Jadi betapa ganas pun ia, ia tidak akan mencederakan dirinya.
Dengan pandangan mata harimau itu yang menakutkan, Ye Wan Wan maju ke arahnya. Haiwan itu semakin agresif dan berhati-hati semakin Ye Wan Wan menghampirinya.