Jiang Yan Ran menarik siku Ye Wan Wan selepas dia mendengar dia berkata begitu. "Awak tak ikut saya?"
Ye Wan Wan: "..."
'Kenapa Jiang Yan Ran ni nak melekat dengan aku sepanjang masa…'
Ye Wan Wan membalas lemah, "Minta maaf sayang, saya ada temu janji malam ni."
Dari pemerhatiannya, dia merasakan Chu Feng tidak seteruk itu. Malah, dia telah memastikan lelaki itu memang betul-betul suka kepada Jiang Yan Ran jadi dia tidak kisah untuk terus menjadi dewi asmara mereka.
"Temu janji? Awak akan jumpa dengan teman lelaki awak?"
Ye Wan Wan mengangguk. "Mhm."
"Baiklah!" Jiang Yan Ran tidak lagi boleh menahahan Ye Wan Wan memandangkan dia ada temu janji selepas ini.
Chu Feng melihat Ye Wan Wan dengan penuh rasa terhutang budi dan berkata, "Helo, saya minta maaf yang saya tak tegur awak dengan betul lagi. Awak… kawan Yan Ran?"
"Helo, saya Ye Wan Wan." Ye Wan Wan mengenalkan diri dengan ringkas.