Mata Yi Shui Han berkilau merah dengan bengis, seperti tidak boleh menerima dia telah dikejutkan daripada tidurnya.
"Ada orang nak bunuh saya…" gumam Yi Shui Han dengan suara sedikit garau, matanya bersinar dingin.
Ye Wan Wan mengangguk dengan bersungguh-sungguh.
Dia tahu dia tiada hubungan persahabatan yang kukuh dengan Sampah, Yi Shui Han. Jadi lelaki ini tiada sebarang sebab untuk membantu jika dia tidak mencipta alasan.
Apa pun, satu percubaan pembunuhan telah berlaku kepada Yi Shui Han sebelum ini, sekali lagi menjadi sasaran bukan suatu perkara yang pelik…
"Kenapa awak dekat sini?" Yi Shui Han perlahan-lahan menoleh kepada Ye Wan Wan.
Ye Wan Wan bergegas menjawab, "Abang Kesatrian Yi, awak lupa ke…? Kita berjiran…"
Yi Shui Han terdiam seketika sebelum menggumam, "Oh…"