"Awak pijak kaki saya," kata Ye Wan Wan dengan dingin. Emosinya dan fikirannya begitu berkecamuk ketika itu.
Bintang Biduk melihat ke bawah. Dia memang telah memijak kasut Kak Feng dengan tidak sengaja…
"Xiao Feng, mari saya hantar awak balik," kata Ji Xiu Ran.
"Okey." Ye Wan Wan mengangguk dan mengikut Ji Xiu Ran ke keretanya.
Bintang Biduk, Bintang Tujuh dan Air Musim Luruh turut sama beredar.
Ji Xiu Ran memandu Ye Wan Wan ke kediaman pelik itu dan menghentikan keretanya.
Ye Wan Wan baru hendak beredar apabila Ji Xiu Ran tiba-tiba memanggilnya.
Ji Xiu Ran memandang ke arah Ye Wan Wan. "Xiao Feng. Saya harap awak boleh bezakan antara orang yang awak patut rindu dengan orang yang awak tak patut rindu."
Ye Wan Wan tersentak. Apakah maksud lelaki ini dengan patut rindu dengan tidak patut rindu…
Sebelum Ye Wan Wan sempat bertanya sebarang soalan lagi, Ji Xiu Ran telah memandu pergi.
…