Adakah perempuan yang menyinggung perasaan Yan Xiong ada hubungan dengan Rangka…?
Wajah mereka terus berubah setelah berfikir begitu. Patutlah perempuan itu berlagak begitu angkuh dan tidak melayan Yan Xiong sehingga ke tahap ini! Rupa-rupanya dia mengenali Rangka!
Wajah Yan Xiong juga turut berubah dengan drastik. Dia meluru keluar daripada Bilik 302 itu di saat seterusnya.
"Rangka… celaka kau! Berani kau tentang keluarga Yan hanya kerana seorang perempuan?! Kau tanya Maharaja Ji tak sebelum buat macam ni… kau tunggu!" Yan Xiong menjerit marah dari luar bilik.
Salah seorang pihak atasan dalam keluarga Yan kenal kepada Maharaja Ji, Ji Xiu Ran. Pihak atasan itu juga secara kebetulan seorang tetamu kehormat yang turut berada dalam kelab malam itu sekarang!
"Abang Xiong…" Wanita berpakaian merah itu tidak tahu apa yang patut dia lakukan dan terus berdiri di tepi Yan Xiong.
"Hmph! Aku nak panggil pak cik keempat aku sekarang!"
…