"Air Musim Luruh cakap awak cari orang macam saya, jadi saya datang nak tengok. Saya kena tak dengan cita rasa awak?" Ji Xiu Ran memandang kepada Ye Wan Wan dengan senyuman licik dan mata yang lembut.
Bulu roma Ye Wan Wan terus berdiri. 'Ji Xiu Ran tak mungkin mengarut macam ni sebab dia cemburu, kan…
'Ah, aku tunang dia… aku ditangkap curang dekat kelab malam…'
Ye Wan Wan cuba berfikir daripada sudut pandangan berbeza. Jika dia menangkap Si Ye Han curang di kelab malam…
Ji Xiu Ran pastinya sedang menyirap marah ketika ini…
Ye Wan Wan menjeling geram kepada Air Musim Luruh. Mulut perempuan ini memang patut ditampar.
"Mari sini." Ji Xiu Ran menghulurkan tangannya kepada Ye Wan Wan. Dia menepuk tempat di sisinya.
Ye Wan Wan tiada pilihan lain selain terpaksa berjalan ke arah Ji Xiu Ran dan duduk di sebelah lelaki itu.