"Adik, apa nama awak? Siapa ketua awak?" Seorang lelaki pertengahan umur tanpa berselindung melirik gatal kepada tubuh badan Ye Wan Wan.
"Awak salah orang," jawab Ye Wan Wan dengan dingin sambil melirik kepada lelaki pertengahan umur itu.
Lelaki pertengahan umur itu merenung kepada Ye Wan Wan dan tersenyum. "Oh? Panas baran juga adik ni…"
Sebelum Ye Wan Wan sempat menjawab, wanita berpakaian merah itu meneliti Ye Wan Wan dengan perasaan benci jelas kelihatan di wajahnya. Dia bertanya kepada lelaki pertengahan umur itu, "Abang Xiong, apa yang bagus sangat dengan sampah ni? Dia perasan dia tu cantik sangat, tapi dia patut cermin diri dia dulu!"
"Ah, Xiao Lan, jangan cemburu. Abang Xiong masih cintakan awak…" Lelaki pertengahan umur itu kemudian menampar punggung wanita berpakaian merah itu dengan gatal.
Wanita berpakaian merah itu memuncungkan bibirnya. "Abang Xiong, apa yang awak cakap ni? Saya takut sampah ni tak boleh layan awak dengan baik je."