Lebih kurang setengah jam kemudian, Sampah menghidangkan makanan di atas meja makan.
Ye Wan Wan melirik kepada semua hidangan itu. Ia semua hidangan vegetarian, tetapi kelihatan agak menyelerakan. Dia tidak menyangka seorang bos hebat seperti lelaki ini mempunyai kemahiran memasak yang bagus.
"Cik Ye, jemput makan," kata Sampah kepada Ye Wan Wan sambil dia melabuhkan punggung di kerusi makan.
Ye Wan Wan tidak menahan dirinya dan mula makan.
'Kejadah apa pandai masak?! Aku lagi rela makan semut goreng!'
Selain daripada kelihatan menarik, semua hidangan ini langsung tidak sedap. Ye Wan Wan tidak sanggup menelannya…
"Tuan Sampah, itu isteri awak ke?" Ye Wan Wan melirik kepada deretan gambar yang berdekatan.
Sampah melirik kepada semua gambar itu dan berkata dengan angkuh, "Itu mak saya."
Ye Wan Wan. "..."