"Jadi Ketua Jin, awak ada bukti untuk buktikan pistol tu betul? Ada orang cedera? Atau awak ada jumpa sebarang peluru? Kalau Ketua Jin tak ada bukti, jadi Perikatan Berani akan uruskan Li Gan Chen sendiri dengan lebih cepat daripada Kesatuan Seni Bela Diri awak!" Bibir Ye Wan Wan melengkung ke atas dan membentuk senyuman.
"Kau…" Ahli Kesatuan Seni Bela Diri yang merakam video itu mengetap giginya dengan marah.
Bai Feng, presiden Perikatan Berani memang pandai berkata-kata!
Mereka juga tidak boleh menyangkal langsung alasan ini!
"Memandangkan tak ada sesiapa yang tercedera dengan pistol tu dan awak tak jumpa sebarang peluru… Ketua Jin, awak tak siasat perkara sebenar dengan teliti dan terburu-buru datang ke Perikatan Berani saya untuk palitkan kami dengan jenayah tak wujud hanya untuk tangkap orang. Bukan Ketua Jin dan Kesatuan Seni Bela Diri perlu beri penjelasan dekat saya?" cemuh Ye Wan Wan.