Ye Wan Wan tidak berfikir panjang. Dia terus meluru ke hadapan dan memeluk Virus.
Virus mengaum tetapi tiba-tiba berubah tenang apabila mata bengisnya ternampak Ye Wan Wan.
"Si Putih Besar!"
Ye Wan Wan memeluk Virus dengan sebelah tangan dan memeluk Si Putih Besar dengan sebelah tangannya lagi.
Bintang Biduk tergamam melihat adegan ini dan terus memberi tanda bagus kepada Ye Wan Wan. "He-hebat… Kak Feng, saya tak kagum dengan dinding, tapi saya kagum dengan awak…"
Ye Wan Wan mengabaikan Bintang Biduk dan terus memujuk Si Putih Besar dan Virus sambil berlutut di sisi dua binatang buas itu.
Petanda astrologi dua moyang ini mungkin tidak serasi. Mereka mula bergaduh sesama sendiri sebaik sahaja mata mereka bertembung.
"Si Hitam, duduk diam. Si Putih Besar, mari sini. Jangan buli Si Hitam." Ye Wan Wan berleter sambil menggosok bulu hitam Virus seperti dakwat itu berulang kali.