"Ya…" Ye Wan Wan tidak tahu apa yang Liu Ying sedang lakukan sekarang, tetapi satu-satunya pilihan yang dia ada dalam situasi ini ialah untuk mengangguk dan mengikut rentak lelaki itu.
"Heh… kenangan yang manis…" Liu Ying tersenyum. "Dulu, Presiden seorang diri telah menghapuskan sebuah kuasa jahat di China… kami pula telah menyinggung perasaan kuasa jahat tu dan secara kebetulan telah diselamatkan oleh Presiden…"
Lima askar upahan itu tergamam. 'Bila kita kena culik dekat sebuah kuasa jahat?'
"Presiden, nama saya Liu Ying. Awak masih ingat pada kami?" tanya Liu Ying sambil ketawa kecil.
Ye Wan Wan mula berlakon dan berpura-pura seperti sedang berfikir sejenak sebelum menyambung, "Sekarang bila awak cakap macam tu, saya macam teringat sesuatu…"