Di gelanggang pada masa itu :
Kapten Jin Xiu merangkul leher Chu Feng dari belakang dan berkata dengan bimbang, "Chu Feng, kau kenapa hari ini? Putus cinta ke?"
"Kau yang putus cinta; satu keluarga kau yang putus cinta!" tiba-tiba Chu Feng meletup.
Kapten itu kehilangan kata-kata. "Kalau kau tak putus cinta, kenapa tumpuan kau ke laut? Kenapa nampak macam suami yang baru kena tinggal?"
Melihat Song Zi Hang dikelilingi sekumpulan wanita cantik, hati kapten itu dipenuhi perasaan cemburu. "Celaka! Macam orang selalu kata, perbandingan hanya boleh menyakitkan hati! Kenapa nasib Song Zi Hang bagus sangat? Selepas Jiang Yan Ran, datang Shen Meng Qi; dua-dua cantik gila pula tu. Tengok dia, Chu Feng, muka tampan kau ni sia-sia saja!"
Walaupun Chu Feng seorang yang tampan, dia tidak pernah bercinta dan tiada gadis yang dia minat, apatah lagi yang dia sayang.
Pernah sekali, dia menyangka lelaki itu gay.