"Awak belum jawab lagi soalan saya." Cahaya dingin kelihatan sekilas dalam mata Ye Wan Wan apabila bibirnya membentuk senyuman mempersonakan.
"Jawab apa?!" bentak Li Mo Cheng.
"Beritahu saya, awak ingat awak siapa," gumam Ye Wan Wan.
Li Mo Chen baru hendak bercakap apabila Ye Wan Wan tiba-tiba mengenakan tekanan kepada tangannya.
Seketika kemudian, penyepit itu menembusi kulit Li Mo Chen dan titisan darah merah mula mengalir turun menerusi penyepit itu.
Ye Wan Wan. "..."
'Sial, bukan kualiti penyepit ni terlalu bagus ke? Aku nak takutkan Li Mo Chen je, jadi kenapa aku cucuk sampai tembus…'
Perasaan terkejut kelihatan dalam mata Bintang Tujuh apabila melihat tindakan gadis itu. Jika gadis ini bukan Kak Feng, adakah dia begitu berani mahu menyinggung perasaan Tok Ketua Ketiga seperti ini?
"Hah… kau… kau berani bunuh aku…" Perasaan takut akhirnya muncul dalam mata Li Mo Chen.