Shen Meng Qi menggenggam tangannya dengan kejap dan menggelar Ye Wan Wan "bodoh" berjuta kali dalam hatinya. Kelihatan perasaan kecewa muncul di wajahnya ditemani mata yang merah semasa dia cuba menjelaskan, "Bukan macam tu, saya ingat memandangkan Yan Ran begitu suka pada Kapten Song dan perlawanan hari ini sangat penting, Yan Ran mungkin akan datang ke gelanggang bola keranjang. Jadi saya datang untuk mencuba nasib…"
Ye Wan Wan sungguh terpesona sambil dia mendengar; dia sungguh kagum dengan kebolehan Shen Meng Qi yang boleh memutar-belitkan fakta untuk menyelamatkan dirinya sendiri ketika itu.