"Boleh," kata Ye Wan Wan sebelum memutuskan talian.
Dia mahu membalas dendam pada Shen Meng Qi dalam kehidupan ini, tapi mungkin dia perlu menyakitkan seseorang dalam proses itu -- abang tak gunanya itu masih terpesona dengan Shen Meng Qi. Jika dia menyerang Shen Meng Qi sekarang, ia hanya akan memburukkan lagi hubungan dia dengan abangnya.
Jadi, dia hanya boleh menunggu peluang yang betul muncul.
Dalam bilik tidur utama di tingkat atas:
Selepas Ye Wan Wan beredar, hipnotis itu telah kembali semula ke dalam bilik untuk memulakan semula rawatan.
"Tuan ke-9, boleh kita mula sekarang?"
Si Ye Han yang sedang sibuk berfikir dan kelihatan tidak mendengar apa yang dikata oleh hipnotis itu. Dia hanya mengangkat tangan bersetuju.
Jadi, hipnotis itu memainkan muzik, menyalakan kemenyan khas dan memulakan sesi psikologi…
Setengah jam berlalu…
Sejam berlalu…
Dua jam berlalu…
Hipnosis itu gagal.
Mo Xuan, telah menyembuhkan banyak kes rumit dan pernah diupah oleh tentera upahan No. 1 di dunia "Tuhan Senja" sebagai kaunselor dan ahli psikologi. Tapi sekarang, dia mula ragu-ragu kepada keupayaan dirinya untuk sekalian kalinya.
Setiap kali dia merawat Si Ye Han, dia berasa seperti seorang penipu…
Semenjak Si Ye Han bersama dengan perempuan itu, Ye Wan Wan, setiap kali dia melarikan diri atau melawan Si Ye Han, insomnianya akan menjadi lebih teruk.
Tapi bukankah Xu Yi beritahu yang perempuan itu telah matang dan sudah tidak melawan baru-baru ini?
Baru tadi bila dia lihat perempuan itu, dia terkejut. Bukan sahaja penampilannya telah berubah, tapi pembawaan dirinya juga sudah berubah -- tidak muram seperti selalu.
Jika perempuan itu tidak menyakitkan hati Si Ye Han, mengapa hipnosis kali ini gagal?
Pada masa itu, Si Ye Han sedang berbaring di atas katil dengan lingkaran di bawah mata perlahan-lahan terbentuk. Urat hijau di dahi membonjol dan riak wajahnya suram. Dia jelas sedang menahan penderitaan ini.
Seperti seekor binatang buas sedang hidup di dalam dirinya. Hilang kawalan, kemurungan dan tingkah laku yang memusnahkan sedang melunturkan semangatnya sekarang.
Keadaan Si Ye Han semakin teruk dan wajah muram Mo Xuan bertukar menjadi serius. Dia bertanya bimbang, "Tuan ke-9, awak ada masalah hari ini? Apa yang Cik Ye cakap dengan awak sebentar tadi?"
Mata Si Ye Han yang terkatup rapat terus terbuka luas, anak matanya dingin.
Tekanan yang kuat itu menyebabkan Mo Xuan berhenti bertanya.
Jika Si Ye Han dengan rela berkongsi perasaannya dengan orang, penyakitnya tidak akan menjadi begitu teruk.
Rintangan psikologinya terlalu kuat -- dia tidak benarkan sesiapa masuk ke dalam kawasannya.
Tiada apa yang ahli psikologi boleh buat, jika pesakit tidak mahu bekerja sama, tidak kira betapa mahirnya orang itu.
Berfikir tentang Ye Wan Wan, perasaan Mo Xuan menjadi sedikit rumit.
Tubuh badan Si Ye Han tidak mempunyai apa-apa masalah dan gangguan tidurnya berkait rapat dengan isu psikologinya. Tapi perempuan ini mungkin ada kaitan dengan simpulan di hati Si Ye Han.
Jika tidak, ia sangat susah untuk diterangkan mengapa seseorang yang begitu diskriminasi terhadap wanita seperti Si Ye Han, begitu tekad untuk bersama dengan gadis biasa itu. Berdasarkan apa yang dia perhatikan, Ye Wan Wan dengan begitu mudah memanipulasi mood Si Ye Han.
Namun, dia tidak akan boleh dapat jawapan dari Si Ye Han dan juga tidak akan beroleh maklumat berguna dari Ye Wan Wan.
Keluarga Ye terlibat dalam perniagaan hiburan. Bapa saudara kedua Ye Wan Wan ialah ketua keluarga Ye buat masa ini dan memiliki kebanyakan perniagaan di dalam kumpulan hiburan. Tapi apabila dibanding dengan sejarah panjang dan latar belakang lama keluarga Si, keluarga Ye hanya keluarga yang biasa.
Sama ada Ye Wan Wan atau ahli keluarganya yang lain, ia mustahil untuk mempunyai kaitan dengan Si Ye Han, pewaris keluarga Si -- keluarga yang memerintah semua keluarga lama dan terkenal. Oleh itu, layanan istimewa yang diberikan oleh Si Ye Han kepada Ye Wan Wan begitu membingungkan.