Chereads / Cinta Rahsia Sempurna : Isteri Baru Jahat Manis Juga / Chapter 16 - Bukankah Ini Pelik Di Fikiran Awak?

Chapter 16 - Bukankah Ini Pelik Di Fikiran Awak?

Pagi hari kedua:

Ye Wan Wan tidur dengan nyenyak dan bangun perlahan-lahan.

Kemudian, dia berfikir solekannya untuk hari ini.

Walaupun solekan melampau sebelum ini telah membuatkan dia menderita, ia satu perisai -- ia membantu Ye Han Han untuk lari dari semua masalah. Tanpanya, dia takut untuk pergi ke sekolah semula. Sudah tentu, di sini bermulanya kebangkitan rasa cinta untuk lelaki dan perempuan di sekolah menengah. Jika dia muncul dalam keadaan dirinya sebenar, dan ada lelaki yang menyatakan rasa cinta kepadanya, semua ini akan berakhir untuk Ye Wan Wan.

Selain itu, perkara paling penting sekarang, menggembirakan Si Ye Han. Memandangkan Si Ye Han suka keadaannya sebelum ini, dia tidak kisah berkorban untuk membuatkan Si Ye Han gembira.

Dengan peluang yang tipis untuk dilahirkan semula, walaupun dia tidak sabar untuk menjadi dirinya sendiri, dia tahu sehingga dia betul-betul kuat, perkara seperti ini hanya benda remeh.

Ye Wan Wan mengenakan solekan yang selalu dipakainya, dan menyarung rambut palsu berkilat berwarna hijau.

Apabila Ye Wan Wan turun ke tingkat bawah, Si Ye Han tidak kelihatan, tapi Lin Que datang lagi hari ini.

Dia sedang bercakap dengan seseorang dengan begitu semangat, kemudian mendongak dan melihat kepada Ye Wan Wan. Dia terus tersedak kopi yang di minumnya--

"Uwaaaaagh!!! Mata saya!!!"

Ye Wan Wan menyampah, ini bukan sesuatu yang mengejutkan.

Dia melihat ke seluruh tingkat bawah dan ternampak bukan sahaja Lin Que, bahkan sahabat baik Si Ye Han, Xie Zhe Xhi, juga ada di situ.

Mata Xie Zhe Zhi berkilau bak bunga pic berkembang, melihat kepada Ye Wan Wan, merenung tepat ke rambutnya. Dia terkejut, "Lin ke-2, adakah ini sebabnya awak kejutkan saya seawal 5 pagi, untuk melihat… satu kejutan? Ia memang mengejutkan. Gaya Si Kecil Ye semakin hari semakin kreatif!"

"Tak! Tak, semalam dia… Semalam dia tidak memakai sebarang solekan dan sangat cantik. Saya tergamam…" jelas Lin Que.

Xie Zhe Zhi ketawa dengan kuat, "Ya ya ya, saya boleh lihat dia sangat cantik. Jangan risau, awak juga boleh cari gadis seperti ini."

Lin Que tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan lagi dan hanya merenung pada Ye Wan Wan.

Ye Wan Wan mengangkat kening, "Kenapa awak tengok saya macam itu? Mengenakan solekan ialah satu penghormatan seorang perempuan kepada perempuan yang lain. Awak tak tahu?"

Lin Que mengetap bibir geram, "Awak penuh dengan rasa hormat…"

Pada masa itu, sepasang kaki sedang menuruni anak tangga -- Si Ye Han telah bangun.

Dia melihat ke bawah dan apabila pandangannya tiba pada Ye Wan Wan, dia tidak memberi sebarang reaksi.

Dia mempunyai mentaliti yang kuat -- dia juga tidak mengelipkan mata melihat penampilan Ye Wan Wan.

Ye Wan Wan tidak lupa ia sangat penting untuk menggembirakan dan menunjukkan keikhlasan kepada Si Ye Han. Supaya Si Ye Han mula percaya kepadanya dan tidak akan risau. Jadi dia melompat ke arah Si Ye Han dan meminta pujian, "Tuan ke-9, Tuan ke-9, saya nampak bagus tak hari ini?"

Memandangkan cita rasa Si Ye Han unik, penampilan dia sekarang pasti akan buat dia gembira, bukan?

Si Ye Han melihat mata berkelipan gadis di hadapannya yang sedang merayu pujian dari dirinya. Dia murung semalaman kerana gadis ini yang akan meninggalkan dia. Tapi melihat cubaan ini, ia menyenangkan hatinya sedikit, "Ya."

Ye Wan Wan sungguh gembira, dia betul!

Lin Que tidak mampu melihat lagi. Abang ke-9, bukankah ini pelik di fikiran awak?

Melihat bagaimana Si Ye Han dan Ye Wan Wan gembira bersama, Xie Zhe Zhi terkejut sambil mengangkat kening. Jarinya mengetuk lembut dagu sambil berfikir dalam.