Keesokan paginya, di waktu subuh, Ye Wan Wan dibangunkan dengan bunyi ketukan perlahan.
Ye Wan Wan hampir tidak dapat melelapkan matanya sepanjang malam semalam. Dia akhirnya tidak boleh bertahan lagi setelah melihat langit berubah cerah dan berniat mahu berehat untuk seketika.
Apabila dia terdengar bunyi ketukan itu, dia menyangka orang itu adalah Bintang Biduk. Jadi dia terus menyarungkan seliparnya dan meninggalkan bilik tidur itu.
Apabila dia membuka pintu depan, orang yang menyapa pandangannya bukan Bintang Biduk. Dia ialah seorang lelaki dengan senyuman nipis di wajahnya.
Lelaki itu memakai pakaian yang sangat normal, tetapi dia boleh mengesan aura bertaraf tinggi daripadanya.
Ye Wan Wan tanpa disedari menjadi berwaspada.
Dalam masa yang sama, beberapa adegan lama tiba-tiba menerjah masuk ke dalam ruangan minda Ye Wan Wan. Lelaki tampan ini tanpa disangka telah memberi perasaan seperti biasa dilihat.