"Oh…" Bibir Ye Wan Wan terukir ke atas, membentuk sebuah senyuman dingin. Mata gadis itu tampak angkuh dan dingin. "Bintang Tujuh… awak… ugut saya ke?"
"Kak Feng, saya hanya risau dekat awak," jawab Bintang Tujuh tanpa perasaan.
"Jaga tepi kain awak sendiri. Awak tak layak nak menyibuk urusan saya. Faham?" kata Ye Wan Wan dengan dingin.
Bintang Tujuh senyap untuk beberapa saat sebelum menjawab, "Faham, Kak Feng."
"Kak Feng!"
Ketika itu, pintu bilik mesyuarat itu tiba-tiba dibuka dan seorang lelaki berpenampilan luar biasa tampan dan berpakaian kemeja merah jambu dilihat berjalan masuk ke dalam bilik.
"Bintang Biduk, saya tengah bercakap dengan Kak Feng sekarang," kata Bintang Tujuh dengan dingin apabila melihat lelaki itu.
"Tak guna! Apa yang lebih penting daripada saya nak jenguk Kak Feng?!" Bintang Biduk terus menghampiri dan menolak Bintang Tujuh ke tepi sebelum menempatkan dirinya di sebelah Ye Wan Wan.